Sunday, 1 January 2012

JANGAN JADI JAHIL..

"Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu.
Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu. (HR Tabrani)"


SIAPA MUFLIS ANTARA KAMU..?

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu siapakah yang muflis dari ummatku? Jawab sahabat: "orang yang muflis itu ialah habis bersih harta kekayaannya dan belum terbayar semua hutangnya sehingga tidak punya harta dan perkakas (perabut rumah).

Rasulullah s.a.w. bersabda: " Orang yang muflis dari ummatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan lengkap sembahyang dan puasanya tetapi ia telah mencaci maki si ini dan menuduh pada si itu dan makan harta si ini dan menumpahkan darah si itu, maka semua orang yang telah habis hasanahnya sebelum terbayar semua orang yang dianiaya itu dan ditanggungkan kepadanya, kemudian ia dilempar kedalam neraka.""

ADA SATU GOLONGAN..

"Hindarilah diri kita agar tidak termasuk dalam kaum yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam sabdanya: “Akan ada dari kalangan umatku suatu kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr (arak), dan alat-alat muzik (al-ma’aazif)....” [Hadis Riwayat al-Bukhari]"