Monday, 2 January 2012

SUATU SAAT NANTI..

"·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ Ʒ> SUATU SAAT NANTI < Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu,
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.
Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu,
usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.
Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku,
usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku,
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.
Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku,
ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.
Andai suatu saat kau tersenyum bahagia,
aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.

Cuma pesanku,
andai suatu saat engkau memerlukan aku
dan aku tiada untuk membantumu
usahlah kau rayu aku.......
Bukan kerana aku membenci dirimu
tapi kerrana aku takut aku akan menyakiti hatimu....♥"

WAHAI MUSLIMAH KU..

"Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..♥♥"

HIDUP INI JIHAD...

"Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI !! "....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... " ...Jika dirimu dilanda kesusahan Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan Agar tidak putus asa Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya Mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun Tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini Bagi orang-orang yang waspada...."